Saturday, 5 July 2014

Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pagi tadi


Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Laporan daripada Astro Awani mengesahkan Allahyarham yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 61 pada 2 Julai lalu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Penyanyi pujaan ramai itu dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan menghadapi kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Penyanyi yang juga terkenal dengan jolokan Royalty Singer oleh rakannya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.
Takziah diucapkan kepada keluarga lagenda Datuk Sharifah Ain serta marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia dikalangan orang yang soleh.
Friday, 4 July 2014

Lelaki bengang speaker surau ganggu waktu tidur


Acapkali kenyataan kurang cerdik seperti ini diluahkan dalam Facebook. Agaknya bila Malaysia ini menjadi huru hara antara fahaman agama, baru lelaki ini ada akal? 

Bagaimanapun, status panas terbabit telah pun dipadam dan akaun Facebooknya juga telah deactivated. Namun ada pengguna Facebook yang sempat 'print screen'.

Menurut seorang penduduk di kawasan PUJ9, kemungkinan lelaki cina ini membeli rumah yang berdekatan dengan surau tersebut. Maka dapat didengar dengan jelas dan lantang speaker surau berkenaan.

Sungguhpun begitu, bacaan Quran hanyalah untuk seketika sahaja dalam masa 10 minit sebelum azan. Itu pun bukan setiap waktu, untuk mahgrib je. Waktu subuh pula, jarang-jarang dengar. 

Jelas penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ito itu, kadar kelantangan speaker surau adalah normal. Kecuali semasa hendak melaungkan azan bagi memperingati penduduk di sekitar sudah masuk waktu.

Perasan atau tidak, selepas era Dr. Mahathir, toleransi kaum semakin nipis. Semakin ramai non muslim yang lantang bersuara. Ditambah pula dengan pemimpin kerajaan sedia ada tidak tegas dalam menangani isu yang melibatkan keagamaan.

Undang-undang perlu digubal semula untuk menyekat sentimen sebegini. Jika kita melayu berbuat sesuatu ke atas mereka, cepat saja kita ditangkap. Tetapi jika puak-puak seperti ini, bermacam-macam alasan pihak berkuasa. Kadang² 'diktator' atau kekerasan perlu digunakan seperti yang dilaksanakan pada era Dr. Mahathir. - My Media Hub

Sebab sebenar Ibu Lola tidak mahu menjenguk adik Firdaus sekarang


SEREMBAN – “Lola rindu nak jumpa anak, tapi malu nak keluar kerana takut dicemuh orang.” Itu kata Lolanopita Sadi, 40, ketika menghubungi bekas pengasuh Muhammad Firdaus Dullah, Norfitri Radius, 42.
Menurut Norfitri, setiap dua hari sekali, Lolanopita atau Lola akan menghubunginya untuk bertanya khabar serta bercerita mengenai dirinya yang kini tinggal di suatu tempat tidak diketahui.
Katanya, Lola memberitahu bahawa dia kini berada di sebuah rumah perlindungan yang jauh lebih selamat jika berada di rumahnya di Taman Semarak, Nilai.
“Kali terakhir Lola telefon saya pada malam kelmarin melalui telefon awam, ketika itu saya bertanyakan di mana dia tinggal sekarang ini, namun Lola hanya memberitahu dia tinggal di sebuah tempat perlindungan di sekitar Seremban, dan berada dalam keadaan sihat.
“Lola juga meluahkan hasrat hatinya ingin bertemu serta melihat Firdaus serta anak keduanya itu, namun belum berkesempatan berbuat demikian kerana bimbang dicemuh masyarakat, memandangkan Firdaus kini masih berada di hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Norfitri berkata, Lola mungkin akan bertemu dengan anak-anaknya setelah Firdaus dibenarkan keluar wad serta berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nanti.
“Lola memberitahu, sebaik sahaja dia dibebaskan pada 30 Jun lalu, dia memang berhasrat untuk melihat Firdaus, namun tidak berani kerana takut dihalang. Lagipun hospital adalah tempat awam sudah tentu ramai yang kenal dengannya akan bertindak menghinanya.
“Lola juga adalah manusia biasa yang lemah dan naif, jadi tidak hairanlah jika dia masih belum mampu berdepan dengan masyarakat, sedangkan hendak pulang ke rumah sendiri pun Lola tidak berani,” katanya.
Sehubungan itu, Norfitri berharap supaya kejadian menimpa Lola dapat dijadikan pengajaran buat dirinya, sekali gus memaafkan atas setiap kesilapan dilakukan.
“Lola mungkin ada jawapan serta sebab tertentu mengapa dia bertindak sedemikian, memandangkan sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang penyayang,” katanya. – SINAR HARIAN

Bapa leka SMS seks, anak terbiar mati kepanasan dalam kereta


Seorang lelaki didapati sedang berbual secara seksual dengan beberapa orang wanita ketika bekerja dan turut menyebabkan anaknya yang masih bayi meninggal dunia kerana cuaca panas disebabkan terkurung di dalam kereta.
Dalam perbicaraan yang diadakan di Atlanta, Georgia pihak pendakwaan kini cuba membuktikan bahawa keinginan tertuduh, Justin Ross Harris sengaja meninggalkan anaknya supaya dia boleh bebas tanpa perlu menjaga anaknya lagi.
Menurut pihak pendakwaraya, Harris sedang berbual melalui aplikasi berbual telefon pintar dengan enam orang wanita dan mereka turut bertukar-tukar gambar lucah dan membiarkan anaknya yang berusia 22 bulan menderita kepanasan.
Kenyataan itu diberikan oleh seorang detektif penyiasat ketika memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Peguam Harris berkali-kali membantah soalan pendakwaan kepada Detektif Polis Georgia Phil Stoddards yang mendakwa Harris berhubung dengan wanita-wanita itu dengan seorang daripadanya masih di bawah umur tetapi hakim membenarkan soalan itu ditanya.
Harris, 33, dituduh meninggalkan anak kecilnya Cooper, terikat dengan tali pinggang keledar di tempat duduk di bawah terik matahari selama tujuh jam ketika bekerja pada 18 Jun lepas.
Untuk rekod, tahap merkuri pada hari itu mencecah paras 92 dan menurut anggota polis suhu pada hari itu adalah sekitar 31°C darjah celsius ketika anaknya disahkan meninggal dunia di kawasan letak kereta tidak jauh dari tempat Harris bekerja.
Pada perbicaraan itu Ketua Magistrate Cobb County Frank Cox mendapati ada sebab munasabah untuk meneruskan pendakwaan ke atas Harris atas tuduhan membunuh dan juga kekejaman ke atas kanak-kanak.
Hakim juga tidak memberikan ikat jamin kepada Harris, yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.
Selain dakwaan membunuh ekoran kematian anaknya, Harris juga akan didakwa dengan tuduhan menjalinkan hubungan berunsur seksual dengan remaja bawah umur iaitu berusia 16 tahun.
Dalam siasatan detektif berkenaan, Harris didapati melawat laman Reddit dan melihat satu ruangan yang dinamakan “Bebas Tanpa Anak” dan membaca empat artikel.
Menurut Stoddard, tertuduh turut membaca artikel tentang bagaimana untuk hidup dengan selamat di dalam penjara.
Di sebuah komputer di meja kerja Harris turut ditemui carian internet dengan kata nama “Berapa lama bayi akan mati di dalam sebuah kereta yang panas?”. Bagaimanapun pihak polis masih belum dapat memastikan siapa yang melakukan carian berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

Punca sebenar majlis pengislaman Felixia jadi kecoh di KL



Umum mengetahui, bekas model majalah playboy, Felixia Yeah telah mengesahkan akan memeluk Islam pada tarikh 5 Ramadhan bersamaan hari ini, 3 Julai 3014 di Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati, Kuala Lumpur yang turut mendapat restu dari ibunya.

Majlis pengislaman itu difahamkan sepatutnya berlangsung sekitar pagi tadi namun bukan seperti yang disangka kerana bukan upacara pengislaman yang diadakan tetapi acara lain iaitu pelancaran majlis iftar di mana Felixia diundang bagi memeriahkannya.

Kekeliruan maklumat tersebut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan di Hidayah Centre Foundation dan juga di laman sosial.
Thursday, 3 July 2014

Penjelasan sebenar Amy Search komen 'pukimak' tempoh hari


Selama ini setiap kali nama Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, terpalit dengan apa saja isu panas dan kontroversi, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, tidak terlepas dari diburu media bagi mendapatkan komen ekoran perangai anak perempuannya itu.
Lepas satu, satu… daripada isu Abil yang seringkali tampil seksi, kisah bersilih ganti teman lelaki hinggalah yang terbaru isu gambar aktres berbakat besar itu bercuti bersama kekasih barunya dipercayai seorang jejaka mat salih. Apa yang menjadi kontroversi, seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.
Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.
 Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila.
“Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain”, akui figura berusia 56 tahun ini ketika ditemui media pada Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Hotel Royal Chulan, Damansara, malam tadi.
“Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.
“Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu”, ujarnya lagi dengan nada tenang.
‘Aku Dah Bosan’

Menyedari yang statusnya itu berbaur makian terhadap anaknya sendiri, Amy bagaimanapun tidak menyesal memuat naik status sebegitu. Malah katanya, beliau bertanggungjawab atas tindakannya itu.
Namun Amy dengan nada tegas berkata, dia berharap selepas ini media tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai apa saa isu panas dan kontroversi yang mengaitkan Abil.
“Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.
“Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia”, tutur Amy.
Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon.
“Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti”, katanya.
Isteri Terkejut
Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian.
“Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah.
” Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan.
“Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.
Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila.
“Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.
“Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial”, katanya sambil menahan sebak. –Malaysian Digest