Thursday 11 September 2014

Punca sebenar Irma Hasmie jalani pembedahan kaki hari ini



Baru sahaja Irma Hasmie mengadakan kenduri kesyukuran dan tahlil di kediaman mentuanya hujung minggu lalu sempena selamat bersalin anak kedua pada 18 Julai 2014. Hari ini, dia akan menjalani satu pembedahan di bahagian kakinya! 

Khabarnya, pembedahan yang akan dilakukan hanya melibatkan 'minor operation'. 

"Ia hanya pembedahan kecil di bahagian tapak kaki iaitu bagi membuang cyst. Menurut doktor cyst itu terbentuk kemungkinan disebabkan oleh faktor pemakanan saya sebelum ini yang gemar memakan makanan ringan. 

"Sebelum ia membesar atau merebak, doktor perlu mengorek dan membuanganya. Jika tidak ia akan memberi kesan kepada tulang belakang ekoran keadaan kita yang tidak seimbang ketika berjalan," ujar Irma dipetik sebagai berkata. 

Untuk info, kesan cyst yang ada ditapak kaki akan terasa sakit apabila pesakit berdiri lama dan memijak benda keras. 

Pengacara program bual bicara 'Assalamualaikum' di TV Alhijrah itu telahpun dimasukkan ke wad sehari lebih awal iaitu semalam. 



Wednesday 10 September 2014

Kisah sebenar gadis bertudung pegang anjing yang tersebar



Gara-gara gambar wanita bertudung memegang anjing tersebar di media sosial, ramai yang tampil mengecam dengan pelbagai bentuk kata-kata nasihat dan teguran. Namun, seorang pengguna Facebook mendedahkan cerita sebenar di sebalik gambar viral itu tersebut seperti dibawah


“Sebab ramai orang kita ni PEMALAS selidik dan baca komen dulu sy post lagi sekali untuk para pemalas nahh. 

Akak kenapa tak ambik caption saya sekali? Kat caption saya dah terang-terang ada perkataan DONEVISIT. Maksudnya saya pergi melawat anjing ni selepas saya resque dia di tengah jalan raya berdarah-darah yang tak ada siapa peduli langsung dengan haiwan.

Yah, orang kita anggap jijik ni. Mungkin dah mati kalau takde siapa ambil dia. Ini office seorang indian guy yang ambil bela anjing tu.

Isu saya pegang anjing ni tolong bagi dalil kat saya pegang anjing tu berdosa. Kalau saya sertu badan saya, saya dah bersih 100%. Jangan tanya yakin ke bersih sebab was-was tu hasutan syaitan. Was-was tu orang empunya diri yang rasa. Kalau saya was-was lagi biasanya saya basuh lagi sekali sampai hilang was-was.

Korang mengata tanpa usul periksa selagi tak minta maaf boleh bersih tak dosa tu? Kenapa nak pegang kalau dah tau kena sertu bagai? Saya tak minta ada rasa kesian yang melampau kat haiwan. Saya tahu yang saya sentuh anjing tak berdosa. Jadi apa yang saya nak takut? Dalam gambar ni, saya rasa saya bertudung lengkap baju lengan panjang. Satu-satunya orang anggap gambar ini berdosa sebab ada anjing dalam tu.

Kenapa upload? Ramai yang nak tahu perkembangan anjing tu. Ramai yang dah derma untuk kos pembedahan dia. Jadi saya upload untuk kawan-kawan saya. Ada yang saya tak dapat di approve. Jadi follower saya je. Jadi saya publickan. Biar yang mana follow saya dan dah derma untuk anjing ni dapat tahu perkembangan dia sekali.

Banyak cara lagi nak buat baik? Ini pilihan saya. Saya tak rasa baik pun buat benda ni semua. Tapi atas rasa tanggungjawab sesama makhluk bernyawa, buang kayu tajam tengah jalan pun dah kira buat baik. So terpulang pada individu nak berbuat baik cara mana pun selagi tidak melampaui batas. 

Yang cakap pasal jaga kebajikan mak ayah dan orang tu, saya nurse, b0nt0t mak ayah orang lain pun saya cuci. Insha Allah mak ayah saya takkan saya abaikan. Terima kasih atas teguran. Last but not least, kat Malaysia je pegang anjing orang anggap riak. Tq. 
Mungkin sebab itulah kita diseru sebagai seorang pengguna media sosial yang bijak perlulah sentiasa menyelidik terlebih dahulu maklumat yang diperolehi agar tidak terjadi seperti perkara ini.


Saturday 9 August 2014

Respon terbaru daripada Emma Maembong isu gambar edit


Ingatkan zaman ubah suai gambar selebriti ini sudah berlalu namun masih ada pihak yang rajin untuk melakukan perkara tidak berfaedah ini — mangsa terbaru adalah Emma Maembong yang gambarnya telah ditokok tambah dengan tompokan air mani.
“Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah”
“Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul,“ jawab Emma Maembong kepadaBerita Harian hari ini berhubung isu gambar yang tersebar luas itu. (rtky/m)

Julia Ziegler ditawar RM100k untuk diajak keluar



Lagi-lagi Julia Ziegler. Al-maklumlah, orangnya cantik semestinya tak akan dapat larikan diri daripada kontroversi. Tahun ini sahaja, bertalu-talu nama Julia dikaitkan dengan pelbagai gosip hangat, daripada isu mabuk sehinggalah kisah Julia yang didakwa mengamuk di laman sosial kerana putus cinta. 

Eh.. ada yang lagi terbaru tau! Menerusi laman Instagramnya, pelakon ini telah berkongsi WhatsApp seorang peminat yang begitu terdesak mahu mengajak Julia keluar. Siap offer 100 ribu dan beg Chanel okay! Agaknya, Julia terima tak pelawaan peminat tegar itu? - 

Nampaknya hampa lah harapan si penghantar WhatsApp tu ya! Mana taknya, sudahlah Julia tidak membalas pelawaannya, malah dapat gelaran ‘stupid’ lagi. Ha..kan dah kena sebiji! Tak cukup dengan itu, para peminat juga menyokong tindakan Julia dan menyifatkan lelaki iti sebagai seorang penipu besar. Yelah, mula-mula ajak jadi duta produk, alih-alih ajak keluar dating? Old trick sangat. 

SUMBER OHBULAN
Sunday 6 July 2014

Ada yang sakit hati Felixia masuk Islam di FB


Kini, bekas model playboy Felixian Yeap telahpun beragama Islam. Walaupun begitu masih banyak rintangan yang harus dilalui oleh saudari baru ini sejak beliau memberitahu ingin masuk islam lagi.

Menerusi temu-bual radio Era, Felixia berkata bahawa teman-temannya terdahulu telah menysihkannya kerana berpendapat Felixia ingin menjadi seorang Melayu walhal dia ingin memeluk islam.

Tidak cukup dengan itu, Felixia akhir-akhir menerima banyak mendapat kata-kata kesat melalui Facebook oleh segelintir pihak seakan mereka tidak berpuas hati terhadapnya.

Komen terbaru seperti gambar dibawah


Memang kejam bunyinya. Berikut pula terdapat beberapa respon daripada beberapa peminat yang lain


Kesimpulannya semoga para-para komen yang 'sakit' ini sedar akan perbuatannya. 


Sumber - http://tengoktvonline.blogspot.com/

Penjelasan latar belakang cikgu yang bergaduh berbaju hijau


SUSULAN ‘VIDEO: Cikgu Dah Dekat Pencen Gaduh Sakan Di Sekolah’ yang dikongsikan semalam, hari ini satu lagi video yang lebih jelas dikongsikan menerusi Facebook Sukan Star TV.
Salah seorang guru yang terlibat dalam pergaduhan itu dirakam menengking seorang pelajarnya terlebih dahulu sebelum insiden pertengkaran tersebut berlaku.
Menerusi maklumat blog Anak Seberang pula, guru berbaju hijau itu merupakan guru sebuah sekolah pendidikan khas di Pahang, manakala yang berbaju batik merah itu dipercayai guru besarnya.
Khabarnya, guru itu memang mempunyai masalah suka bergaduh sejak dulu lagi.
Berikut merupakan petikan entri tersebut:
“Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009. Sblm tu kt sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu. Guru besar skrg adalah yg ke-3.
Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas. Ppd penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak. Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti.
Pentadbir tu gb n gpk. Ayah dia penah buat repot kt ppd kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa.”
Jika benar maklumat yang diberikan ini, rasanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjalankan siasatan mengenai perkara ini.
Sebabnya, perangai seperti ini tidak wajar ditunjukkan kepada para pelajar, apatah lagi dengan status pendidik yang sepatutnya sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada umum.