Sunday 29 June 2014

Punca sebenar Zizan Razak meninggalkan Melodi TV3


Punca Zizan Razak tinggalkan Melodi TV3 adalah mungkin Zizan ingin tumpukan sepenuh kerjaya nya dengan pihak Astro yang di khabarkan bernilai jutaan ringgit.

Mungkin juga disebabkan  isu yang tengah hangat kini perselisihan faham dengan rakan kongsi dan pengurus nya Marina Juki, tidak lah kita pasti hanya Zizan yang tahu.

Apa yang pasti penguman itu sememangnya mengejutkan seluruh peminat MELODI dan juga seluruh peminat nya.

Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu.
Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan.
Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.
Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.
Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini. 
Selamat berjaya kepada Zizan walaupun dimana anda berada  ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.
brothersam

0 comments: