Saturday 5 July 2014

Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pagi tadi


Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Laporan daripada Astro Awani mengesahkan Allahyarham yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 61 pada 2 Julai lalu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Penyanyi pujaan ramai itu dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan menghadapi kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Penyanyi yang juga terkenal dengan jolokan Royalty Singer oleh rakannya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.
Takziah diucapkan kepada keluarga lagenda Datuk Sharifah Ain serta marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia dikalangan orang yang soleh.

0 comments: