Tuesday, 27 May 2014

Perkara sebenar yang mendorong Mizz Nina untuk berhijab. Alhamdulillah


BAGI anda yang mengikuti perkembangan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar di akaun Instagramnya, pasti anda perasan yang dia sudah mula memuatnaik gambarnya berhijab sejak lebih sebulan lalu.
Adakah perubahan itu ada kaitannya dengan pelaksanaan undang-undang syariah atau hudud di negaranya, baru-baru ini?


Memetik laporan GUA, Nina mengakui perubahan itu sememangnya didorong oleh rasa hormatnya pada undang-undang itu.
“Saya akui, antara sebab awal yang mendorong penampilan terbaru saya adalah untuk menghormati perlaksanaan undang-undang syariah negara Brunei yang baru sahaja berkuatkuasa. Rasanya kalau saya tidak mula sekarang, bila lagi? Satu hari itu, saya cuba memakai hijab sebelum keluar rumah. Hati saya rasa tenang sahaja.
“Hari seterusnya, saya rasa mahu mencuba lagi. Perkara itu berlarutan. Jadi akhirnya, saya rasa sudah mula suka dengan penampilan ini. Perubahan yang berlaku ini seperti datang daripada hati saya sendiri dan sehingga sekarang saya rasa selesa dalam mengenakan hijab,” jelasnya yang pernah dikaitkan dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid.
Nina yang bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan Ogos nanti juga melahirkan rasa setujunya jika wanita berpakaian mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

0 comments: