Tuesday 27 May 2014

Anak Melayu yang bersama-sama Jepun memenangi Piala Thomas


Tahniah kepada Negara Jepun kerana memenangi Piala Thomas 2014.
Kejayaan mereka menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia Dan malaysia menjadikan mereka salah satu dari Senarai negara negara pemenang Piala Thomas.

Tahukah kita, siapakah di sebalik kejayaan pasukan Jepun ini?

Beliau ialah Izuan Ibrahim yang merupakan  seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.
Adakah Malaysia terlepas pandang beliau?
Apapun, kita berharap pasukan badminton negara kita akan terus bangkit dan terus menjadi antara pasukan yang di segani dalam sukan badminton ini

0 comments: