Tuesday 1 July 2014

Respon terbaru daripada Izreen yang dikatakan bercinta dengan Amar


Pelakon Izreen Azminda yang baharu sahaja disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu ternyata berang dengan artikel gosip yang ditulis di sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.
Dalam artikel tersebut, penulis ruangan pojok itu mengatakan Izreen kini sedang hangat bercinta dengan hero gandingannya dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.
Menjawab dakwaan gosip itu, Izreen menulis di laman Instagramnya,

Nampak marah benar Izreen dengan gosip ini, yelah siapa tak marah kan kalau cerita yang ditulis tu tak benar, ye tak?
Tak semestinya kalau hero dan heroin itu rapat di luar, mengesahkan cerita bahawa mereka kini sedang bercinta.
Mungkin kedua-duanya memang selesa berkawan di antara satu sama lain, tu yang boleh ngam.
Walaupun begitu, kebanyakan peminat di luar sana menerusi sebuah forum hiburan mengatakan mereka turut bersetuju sekiranya hubungan cinta di antara Izreen dan Amar menerusi drama KTAR menjadi realiti dalam kehidupan sebenar mereka. – MYNEWSHUB.MY

0 comments: