Wednesday, 4 June 2014

TERBARU! Sharnaaz terima maaf terbuka Lisdawati & Fauzi


Enggan memanjangkan lagi pergaduhan mereka, akhirnya Sharnaaz Ahmad mengambil keputusan menerima permohonan maaf terbuka yang dilakukan pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.
Sebelum ini, Sharnaaz dan Lisdawati dikatakan bergaduh sewaktu menjalani penggambaran di Sungai Buloh, beberapa bulan lalu.
Dan baru-baru ini, menerusi sebuah program hiburan terbaharu, Lisdawati dan suami, Fauzi, tampil membuat permohonan maaf terbuka di hadapan seluruh penonton rancangan tersebut.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sharnaaz berkata, “mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagiupun tidak perul saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf”.
“Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak,” katanya memetik mStar Online.

Selain itu, Sharnaaz juga mengatakan dia tiada sebarang masalah sekiranya digandingkan dengan pasangan tersebut di masa akan datang.
Baguslah begitu, kan lebih baik bermaaf-maafan. Memang respek lah dengan Sharnaaz! Nampak je macam kasar orangnya, tapi sebenarnya lembut hati juga kalau kena dengan caranya. 

0 comments: