Thursday, 5 June 2014

Iklan Cadbury pujuk pelanggan Islam ‘kembali bersama kami"’


Ini adalah iklan Cadbury yang kini disiarkan di akhbar bagi mengucapkan terima kasih kepada pengguna sekaligus memaklumkan bahawa cokelat keluaran mereka disahkan HALAL.


Sebenarnya, semua orang pun pasti sedar memang besar sekali impak isu DNA babi yang kecoh sebelum ini terhadap Cadbury.
Selain jualan yang merudum hukum perasaan manusia menyatakan bahawa sekali keyakinan terhakis tak mudah untuk mendapatkannya semula. Maka rasanya, Cadbury perlu bekerja lebih keras lagi selepas ini untuk mendapatkan kembali pelanggan Islam mereka yang sudah beralih arah.
Pada masa sama, ini adalah pengajaran kepada institusi yang dipertanggungjawabkan menjalankan amanah berkaitan isu Halal di negara ini supaya bekerja lebih bersistem agar keyakinan umat Islamterhadap mereka juga tidak goyah seperti yang berlaku pada Cadbury. - MYNEWSHUB.MY

0 comments: