Gara-gara tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak fasal-fasal ada nyawa melayang.
Itulah yang berlaku apabila sebuah lori selamba memusing arah membuat u-turn di tempat tidak sepatutnya hingga ‘menyapu’ motosikal yang berada di sebelah kanan.
Kejadian yang berlaku di Jalan Lembah Sireh, Kg Sireh, Kota Bharu, Kelantan ini dirakam kamera CCTV.
Kepada penduduk sekitar atau mereka yang berkunjung ke mukim berkenaan selepas ini, diharapkan ambil pengajaran daripada kejadian dengan melakukan u-turn di tempat sepatutnya.
Jangan kerana hendak memudahkan perjalanan, ada nyawa tak berdosa yang terbang.
Post by Emin Hamid.
0 comments:
Post a Comment