Monday, 14 April 2014

Tak nak dengar azan pindah je lah!


SUSULAN laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun kerana mendakwa terganggu oleh suara azan fardhu subuh dan juga suara mengaji pada kira-kira pukul 5.45 pagi, 8 Mac lepas, semalam dia menerima tetamu.
Dengar ceritanya di laman sosial, sekumpulan orang didakwa dari sebuah parti politik telah pergi membuat lawatan dan bersua dengan tuan empunya rumah Mohd Said Mohamed Jaid.
Beberapa keping gambar berkaitan lawatan itu juga sudah disebarkan di laman sosial dan turut dilaporkan di laman blog Oh!Media.
Kumpulan itu dapat berjumpa dengan Mohd Said pada pukul 11.40 pagi dan difahamkan tuan rumah itu yang hanya menyewa diminta berpindah jika berasa terganggu oleh azan dan mengaji Al-Quran.
Mereka juga dilihat menggantung poster manila kad yang tertulis “Kalau tak nak dengar azan, pindah saja, tak payah nak report polis,”.
Antara kata-kata lain yang ditampal di pagar rumah berkenaan ialah “Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mau dengar azan faham, jangan campur masyarakat.. Kawan dengan monyet atau jadi orang utan.. Faham…,” menurut poster itu.
Di laman sosial berkenaan, tidak pula dijelaskan apa yang diperkatakan oleh Mohd Said ekoran ketidakpuasan hatinya itu.
Kerana lebih adil rasanya untuk sertakan juga luahannya yang menyebabkan sehingga dia tergamak membuat laporan polis berkenaan hal itu.
Pada rangkaian gambar berkenaan terdapat juga gambar beberapa anggota polis dilihat berada di hadapan rumah itu berkemungkinan meminta kumpulan berkenaan agar beredar dari kawasan rumah itu. – MYNEWSHUB.MY

0 comments: