Tuesday 22 April 2014

Respon Rebecca Nur Al-Islam isu fesyen teletubbies bertudung


Semalam, nama Rabecca Nur Al-Islam hangat diperkatakan di laman media sosial selepas beliau memuat naik beberapa keping gambarnya dalam keadaan berpakaian busana merah ketat menyerupai kartun Teletubbies telah tersebar luas.

Memandangkan kesemua gambar tersebut diambil dalam laman Instagram milik pelakon itu yang sudah diprivatekan, maka Rabecca menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh salah seorang pengikutnya yang tidak bertanggungjawab.


Terkini, dalam respon aktres berusia 32 tahun itu menerusi akaun Instagramnya hari ini, Rebecca turut menyatakan kekesalan akibat dimalukan. Oleh itu, Rabecca menyamakan penyebar itu sebagai pembunuh senyap-senyap atau SILENT KILLER.


0 comments: